TAHUKAH ANDA PROSES PERKEMBANGAN HIDUP ANAK KUCING HINGGA 1 BULAN?
March 05, 2018Dalam tempoh ini anak kucing akan berubah menjadi kucing berdikari dan tidak lagi bergantung kepada ibunya untuk makanan, suasana yang hangat dan pembuangan najis.
Anak kucing yang baru lahir tidak dapat melihat dan mendengar, tetapi boleh menghidu dan mempunyai deria sentuhan pada bahagian muka yang membolehkan mereka mendekati ibunya untuk mendapat haba.
Imuniti diturunkan pada anak kucing ketika menerima susu ibu yang pertama, dalam tempoh 24 jam pertama hidup mereka. Ini akan mencegah mereka daripada penyakit dalam tempoh sebulan pertama dan terus menyusu secara normal dan dipelihara dengan baik, hangat dan bersih oleh ibu mereka.
Bagaimana sekiranya anak kucing yang ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan, dan cara penjagaannya?
- Memberikan susu khas
(jgn beri susu lembu kerana anak kucing tidak boleh menghadam laktosa dan akan menyebabkan sembelit dan bahaya bagi anak kucing)
- Bantu mereka membuang najis
(anak kucing tidak mampu membuang sendiri sehingga ia berumur 4 minggu)
Fakta tentang anggota badan anak kucing hingga 1 bulan
- Mulut : mereka akan menggunakan mulut selepas 1 jam dilahirkan, iaitu menyusu. Mereka disusui biasanya setiap 2-3 jam sekali.
- Telinga : akan mula terbuka antara hari ke 5. Mereka mula menunjukkan reaksi pada bunyi pada hari ke-10 namun belum dapat mengenalpasti bunyi tersebut sehinggalah 3 minggu
- Mata : akan terbuka antara hari ke 5 – 14 selepas dilahirkan. Tetapi mereka belum dapat melihat dengan baik sehingga selama beberapa hari.
- Kaki : anak kucing yang baru lahir boleh menggunakan kaki depan dan belakang. Mereka boleh berjalan dengan langkah yang tidak begitu koordinasi selama 2 minggu dan boleh menempatkan kaki depan mereka secara visual. Oh ya, mereka juga sudah boleh memanjat pada umur 3 minggu.
Kredit to Alam Kucing.com
0 comments