6 TIPS TERBAIK PENJAGAAN SI COMEL ANDA!!

March 05, 2018


1. Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam. Kalau guna air sejuk dia akan mengigil, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar-cakar anda.
.
2. Tahap kepanasan air tu biarlah suam-kuku, agak-agaklah si manja tidak sejuk & tidak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut… Anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga.
.
** Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecik yang telah di basahkan. Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali-kali guna syampu manusia).
.
** Gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati & mesra. Sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air. Setelah itu, bilas kembali degan air suam hinggalah buih-buih syampu itu hilang. Bersihkan hidung & mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya).


3. Keringkan si comel anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lapkan seluruh tubuhnya. Bagi kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin (yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya, anda perlulah menggunakan ‘hair dryer’. Ingat, gunakan suhu yang coll pada hair dryer untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika anda biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka.
.
** Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna ‘hair dryer’ jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takut, anda jemur je la tengah panas, sebab diorang ni memang suka berjemur lepas mandi, In Sya Allah, kucing-kucing berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit. Bagi yang bulu pendek ni anda boleh juga menggunakan ‘hair dryer’, tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dengan kucing yg berbulu panjang.
.
4. Si manja yang berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu-bulu mati yg melekat di badannya dengan menggunakan sikat yg khas untuk kucing.
.
5. Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga dan kadang kala akan berdarah.
.
** Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel anda.Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta ubat telinga yg khas untuk matikan kuman sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau anda nak guna kapas untuk cuci telinga pun boleh, terpulang pada citarasa memasing. Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari.


6. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu sangkar ( cage ) bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera.Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon atas alasan nak jaga keselamatan lah, nak itu lah, nak ini lah… Ingat, niat tak menghalalkan cara…
.
** Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain…(kucing haiwan yg aktif dan suka bermain).
Sumber:Mylovely-cats

0 comments

Pinterest

Instagram