7 SEBAB KENAPA BULU KUCING GUGUR
March 05, 20181. Kutu/Lices
--> Lazimnya kucing akan gatal dan menggaru dengan tahap maksima, menyebabkan bulunya gugur
Treatment : Gunakan Bio-Spot atau Frontline…sembur pada kucing, ulangi selepas 48 jam..dan ulangi lagi selepas 48 jam. Ini kerana telur kutu boleh menetas dlm 48 jam. Jangan mandi kucing tersebut sehingga seminggu. Sembur juga bilik kucing, carpet jika ada..kerana kutu boleh bersembunyi disini. Tidak berkesan jika kita hanya treat kucing…tetapi beberapa hari kemudian kutu akan datang semula.
.
2. Fungus
--> Fungus kelihatan seperti debu yang boleh menyebabkan sel2 pada bulu kucing mati.
Treatment : Mandikan kucing menggunakan Malaseb dan beri ia pil anti-fungus.
.
3. Kekurangan Protein dan Vitamins
--> Makanan yang berasaskan meat by products mempunyai kandungan protien yang sedikit..Kucing memerlukan protien untuk membina kulit dan bulu yang sihat.
Treatment : Makanan yang berkualiti, makanan segar (raw), multi-vitamins dan juga brewer yeast
.
4. Bulu Kering
--> Lazimnya ia disebabkan kekurangan minyak pada bulu dan juga pengunaan syampoo yang berlebihan
Treatment : Pastikan anda menggunakan syampoo mengikut sukatan yang disyorkan, minyak seperti salmon oil boleh membantu.
5. Stress
--> Kadangkala kucing mengalami stress samada persekitaran atau kehadiran kucing lain. Ia lazimnya akan grooming dirinya secara keterlaluan atau menggaru sehingga bulu tanggal.
Pastikan apa yang menyebabkan kucing stress dan take care of it.
.
6. Dry Skin
--> Dry skin lazimnya berpunca dari pemakanan. Boleh bagitau apa jenis makanan u beri pada kucing u?. Makanan berkualiti murah lazimnya mengandungi kadar garam dan meat-by-products yang tinggi yang mana menjadikan kulit kucing kering dan gagal menghasilkan minyak bagi menjadikan bulu kucing lembab. Ia boleh dilihat dari warna bulu kucing yang pudar, kering, kucing lazimnya menggaru dan menjilat dengan lebih kerap. Jika kita menyikat bulu kucing ia lazimnya keluar dengan banyak.
.
7. Penyakit kulit
--> Kutu (fleas), hama (lices) yang mengigit kucing boleh menjadikan kulit kucing tidak sihat dan bulunya mudah tanggal. Anda boleh melihat kutu dengan adanya kutu atau bintik-bintik hitam pada bulu, manakala lices bintik halus berwarna hitam..dan jika diperhatikan dengan teliti ia akan bergerak..lazimnya pada bahagian ruff (bulu leher). Bagi kucing yang alah (allergic) pada kutu ia akan menyebabkan penyakit lain seperti kudis dan kurap. Ini akan menyebabkan bulu tertanggal dengan mudah.
0 comments