KENAPA KUCING MEMAKAN ANAK NYA SENDIRI - 4 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

March 05, 2018

Alangkah luluhnya hati apabila pulang dari kerja melihat Comel membaham anaknya yang berusia sebulan lebih.. Anaknya yang paling comel bewarna putih dengan hidung merah jambu.

“Apasal dengan kau ni Comel! Makanan semua aku dah sediakan!” Marah betul Siti dengan kucingnya itu.. Tak sangka kucingnya yang begitu manja sanggup bertindak ganas memakan anaknya yang masih baru dilahirkan.

Situasi ini biasa berlaku kepada pemilik kucing.. Sebenarnya ada sebab-sebab secara semulajadi mengapa kucing memakan anaknya atau kadangkala mengabaikan terus sehingga akhirnya anaknya mati kerana kekurangan zat.


Dalam artikel ini jom kita lihat 5 sebab mengapa kucing bertindak begitu dan bagaimana kita boleh mengelakkannya dari berlaku.

1) SAKIT ATAU KECACATAN

Kucing mempunyai deria yang baik dan dapat mengetahui jika salah seekor dari anaknya mengalami masalah. Salah satu sebab mengapa kucing memakan atau mengabaikan anaknya adalah kerana mungkin kitten itu sakit atau cacat.

Tujuan kucing berbuat demikian adalah supaya penyakit itu tidak berjangkit kepada anak-anaknya yang lain.

Jika anda terlihat seekor anak kucing yang sering diabaikan oleh ibunya adalah lebih baik untuk anda keluarkan terus dari kumpulan kitten itu dan menjaganya sendiri dengan memberi susu botol.

2) MASKITIS @ KESAKITAN PADA PUTING SUSU

Salah satu sebab mengapa kucing mengabaikan anaknya adalah kerana dia mengalami masalah infection pada puting susunya. Infection itu boleh menyebabkan putingnya membengkak dan menjadi sangat sakit apabila dihisap oleh anak-anaknya.

Kadangkala kucing akan sengaja tidak memberikan susu kepada anak-anaknya dengan duduk diatas platform yang lebih tinggi yang tidak tercapai oleh anaknya.

Jika anda mengesan masalah ini lebih baik anda membawa ibu kucing tadi ke klinik veterinar bagi memastikan kittens dibawah jagaannya mendapat bekalan zat yang diperlukan oleh badan. Jika terpaksa anda boleh memberikan dahulu susu kepada mereka menggunakan botol susu khas untuk kitten.

3) TERLALU BANYAK ANAK

Jika kucing anda melahirkan anak yang ramai pasti seronok kan.. Namun begitu kucing yang lahir dalam litter yang ramai kadangkala diabaikan oleh ibu mereka. Ini kerana susu yang mampu dibekalkan oleh ibu adalah terhad.

Cara terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan monitor kumpulan kitten yang baru dilahirkan dalam 24 jam.. Jika terdapat 1 atau 2 yang tidak mendapat susu anda perlu untuk memberikan sendiri susu kepada mereka kerana mungkin mereka tercicir dikalangan adik beradiknya yang ramai. Anda juga boleh memberikan kucing anda supplement seperti Brewer Yeast untuk menambahkan jumlah susu yang dihasilkan.

4) IBU MUDA

Ibu kucing yang terlalu muda mungkin kurang pengalaman dan tidak pandai menjaga anak-anaknya sebaik ibu yang sudah berusia.. Dia masih tidak mempunyai skill keibuan kerana lazimnya kucing yang muda lebih suka bermain.

Oleh itu sebaiknya untuk mengahwinkan @ mating kucing anda pastikan umurnya sudah bersesuaian iaitu sekitar 1 tahun keatas bagi mengelakkan anak yang dilahirkan tidak dapat hidup lama.

KESIMPULAN

Masalah kucing membaham anak ataupun mengabaikan terus sehingga mati dapat diatasi dari awal dengan pemerhatian.. Anda dapat memerhatikan tingkahlaku kucing anda terhadap anaknya seawal 24 jam.. Jika terlihat sesuatu yang pelik lebih baik anda asingkan terus agar tidak dimakan oleh ibunya. Anda juga dapat mengelakkannya dari berlaku dengan melakukan breeding yang bertanggungjawab.. Kembirikan kucing anda atau jika nak juga breed pastikan ianya dilakukan pada umur yang bersesuaian.
credit to - catswonderland. my

0 comments

Pinterest

Instagram