KUCING OBESITI, JOM DIET!

March 05, 2018

Masalah obesiti kucing sebenarnya perlu di ambil berat ye. Memang comel bila montel-montel ni, rasa geram nak gomoi-gomoi dan gigit je kan bila gebu sangat. Hihi. Tapi, sebenarnya banyak penyakit boleh dihadapi kucing obesiti ni, jadi anda sebagai tuan, kena lah cuba untuk kurangkan berat badan kucing anda yang dah terlebih berat tu bagi mengelakkan masalah-masalah serius berlaku pada dia.



Di sini kami nak kongsikan sikit antara tips untuk kurangkan berat badan kucing obesiti.

1) Yang terbaik sebenarnya untuk mengurangkan masalah obesiti kucing korang adalah dengan meletakkan kucing korang di bawah pantauan veterinar.

2) Bermain bersama kucing anda secara aktif 20 minit setiap hari. Admin nak highligth kat sini, secara aktif ya, maknanya memang sungguh-sungguh la main haha. Antara yang boleh dilakukan adalah main kejar-kejar dengan dia. Anda boleh gunakan teaser untuk mengacah kucing anda tu. Yang bestnya, bila korang main lari-lari dengan kucing,korang pon boleh kurus juga hehe. Juga boleh gunakan bola untuk dia main bola sepak.


3) Kawal diet kucing anda. Kalau dulu makanan sentiasa ada di dalam bekas, tapi kali ini anda haruslah mencatu pemberian makanan. Beri makan hanya 2 kali sehari, pagi dan malam. Kuantiti makanan pula perlu dikurangkan sedikit demi sedikit, 10% pengurangan setiap bulan. Kena kuat iman tau bila anda dipujuk rayu oleh kucing anda untuk tambah makanan. ^^

4) Pantau berat badan kucing anda setiap minggu. Setiap pengurangan berat badan haruslah tidak melebihi 1-2 % setiap bulan. Nanti badan dia terkejut pula bila diet mengejut hehe Korang kena pandai bajet-bajet kuantiti makanan ya.

5) Beri kucing anda jenama makanan yang berkualiti tinggi. Makanan yang kurang kualiti mempunyai kandungan nutrisi yang kurang. Kucing obesiti memerlukan nutrisi yang lengkap untuk diet mereka.

0 comments

Pinterest

Instagram